Sunday, June 22, 2014

 Ramadan is just around d corner....Still haven't decide what to cook for sahur and buka puasa...Kids want to eat cereal for sahur...They said, they didn't have food craving during puasa when they had cereals for sahur.....Then it'll be easier for me to make it....But how about buka puasa....Still looking for the simple meal to cook...I guess I'll be browsing the internet for the whole week...And for all muslims out there...just want to wish U all, "Selamat Berpuasa"...

Friday, June 13, 2014

Kereta Buatan Malaysia

Proton
 
Saga baru

Saga lama

Juara
Savvy

Satria

Waja

Arena

Iswara

Persona

Gen-2

Wira

Exora

Tiara


Preve

Perdana


PERODUA



Viva

Kenari

Kelisa

Rusa

Kembara

Kancil

Alza

 
MyVi





 



 

Thursday, June 12, 2014

My Kids ARTWORK

The bee


Flower from the soap

 




 Artwork for PBS........







No more plain T-shirt....
 
 
 
 
The drawings for d school..


The parting sea


The forest
Heaven & Hell



SEJATI (My first cerpen..hope U guys like it)

     Eliza masih duduk termenung di pangkin di bawah sebuah pohon di tepi sungai. Fikirannya tiba-tiba melayang terkenangkan kisah lama yang masih kuat terpahat di hati dan mindanya walaupun sudah sepuluh tahun berlalu. Hatinya bagai direntap kerana  dilanda rindu yang teramat sangat pada Zahri. Entah mengapa wajah Zahri acapkali muncul di dalam mimpinya. Seolah-olah mengingatkan janjinya pada Zahri yang terpateri di hari terakhir mereka bersama di pangkin ini.
 
     Perlahan-lahan Eliza mengambil earphone putih dari dalam beg sandang coklat berjenama Camel lalu menyumbat ke salah satu lubang yang terdapat pada telefon bimbit Samsung S4. Hujung earphone itu pula disumbat di kedua-dua lubang telinga. Jari-jarinya lincah mencari senarai lagu-lagu yang telah dimuat turun sejak dia menerima telefon bimbit itu. Gerakan jarinya terhenti pada satu lagu yang menjadi cerita kisah dia dan Zahri. Sebaik sahaja jarinya menyentuh butang play, lagu Sejati nyanyian kumpulan Wings, mula dimainkan. Eliza menghayati setiap bait lirik lagu tersebut.
 
     Kelakuannya itu rupa-rupanya menarik perhatian seorang jejaka yang sedang melangkah ke arah Eliza. Di sini rupanya dia, bisik hati jejaka berkemeja biru yang sedondon dengan warna blaus Eliza. 
 
     "Assalamualaikum," sapa jejaka itu perlahan sebaik sahaja dia berada di sebelah Eliza. Namun sapaannya tidak berjawab. Pekakkah dia? Berpaling pun tidak. Entah apalah yang dimenungkan itu.
 
     "Assalamualaikum," sapa jejaka itu sekali lagi sambil berdehem. Namun masih juga tidak bersahut sapaannya itu.
 
     Jejaka itu merenung wajah Eliza. Kemudian dia tiba-tiba tersenyum sendiri. Patutlah dari tadi Eliza diam membisu. Telinganya sudah disumbat, masakan boleh mendengar sapaannya. Jejaka itu mengambil tindakan menyentuh bahu Eliza perlahan tapi cukup untuk membuat Eliza terkejut. Cepat-cepat earphone di telinga Eliza dicabut.
 
     "Eh! Fazrul...Apa Rul buat kat sini? Macam mana Rul tahu Liza ada kat sini?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut comel Eliza.
 
     "Rul ke rumah tadi, mak Liza yang suruh Rul cari di sini. Nyaman betul tempat ini, sampai ada orang tu termenung jauh, tak nampak Rul dah terpacak di sebelah. Mengenangkan siapa tu? Kekasih hati?" usik Fazrul dalam senyuman.
 
     Eliza diam seketika sebelum menjawab. "Betul Rul, Liza terkenangkan seseorang. Teringatkan janji yang pernah Liza lafazkan pada dia." Eliza menjawab tanpa berselindung.
 
     "Janji?" Fazrul mengalihkan pandangannya tepat ke arah Eliza.
 
     "Ya, janji." Jawab Eliza pendek.
 
     "Boleh Rul tahu apa janjinya?"
 
     "Kenapa Rul nak tahu? Bukannya penting pun. Cuma sejak akhir-akhir ini, Liza asyik termimpikan dia."
 
     "Lelaki ke yang muncul dalam mimpi Liza? Ini yang buat Rul cemburu. Kalau macam tu Rul macam mana? Liza masih belum lagi menjawab permintaan Rul tempoh hari." Wajah Fazrul kelihatan begitu mengharap. Adakah Eliza sudi terima dia dalam hidupnya?
 
     Eliza menghela nafas panjang. Hatinya resah. Sudah seminggu dia memikirkan hal itu. Namun jawapannya sudah pasti. Eliza sekali lagi menghela nafas. Mengalih pandangan ke arah Fazrul, teman sekuliahnya di sebuah universiti tempatan.
 
     "Rul...," panggilnya lembut. Fazrul menoleh memandang Eliza. "Maafkan Liza, Rul. Liza tak boleh tunaikan permintaan Rul. Liza dah janji Rul. Liza dah janji dengan dia."
 
     "Perlukah Liza tunaikan janji Liza pada dia sedangkan satu khabar berita pun tak pernah Liza terima?" Liza hanya mengangguk. Dia tetap kasihkan Zahri. Hatinya sudah menjadi milik Zahri.
 
      "Kenapa Liza? Kenapa Liza masih terus dambakan dia? Tolonglah Liza, terimalah Rul, Liza."
 
     "Maaf, Rul. Liza tak boleh. Liza benar-benar tak boleh. Tiada siapa yang boleh menggantikan tempat dia di hati ini, Rul." Eliza cepat-cepat bingkas dari pangkin itu untuk beredar. Namun lengannya sempat disambar Fazrul.
 
     "Walaupun Fazrul ini adalah Zahri, orang yang Liza tunggu selama ini? Lupakah Liza pada janji Sejati kita?" ucap Fazrul perlahan. Eliza tergamam. Fazrul adalah Zahri? Mana dia tahu pasal Zahri dan janji Sejati itu?
 
     "Apa maksud Rul? Rul adalah Zahri?"
 
     "Betul Liza. Rul adalah Zahri. Fazrul Zahri bin Hisham. Liza dah lupa nama orang yang Liza kasihi? Rul tak pernah lupa Liza. Lebih-lebih lagi janji Sejati kita untuk bersama hingga ke hujung nyawa." Liza terdiam.
 
     "Betul ke Liza tidak mahu terima Rul?" Eliza terus merenung Fazrul. Perlahan-lahan, sebuah senyuman bahagia terukir di bibir comelnya.
 
 
By : Farah Diba Marwilis