Sunday, June 22, 2014
Ramadan is just around d corner....Still haven't decide what to cook for sahur and buka puasa...Kids want to eat cereal for sahur...They said, they didn't have food craving during puasa when they had cereals for sahur.....Then it'll be easier for me to make it....But how about buka puasa....Still looking for the simple meal to cook...I guess I'll be browsing the internet for the whole week...And for all muslims out there...just want to wish U all, "Selamat Berpuasa"...
Friday, June 13, 2014
Kereta Buatan Malaysia
Thursday, June 12, 2014
My Kids ARTWORK
SEJATI (My first cerpen..hope U guys like it)
Eliza masih duduk termenung di pangkin di bawah sebuah pohon di tepi sungai. Fikirannya tiba-tiba melayang terkenangkan kisah lama yang masih kuat terpahat di hati dan mindanya walaupun sudah sepuluh tahun berlalu. Hatinya bagai direntap kerana dilanda rindu yang teramat sangat pada Zahri. Entah mengapa wajah Zahri acapkali muncul di dalam mimpinya. Seolah-olah mengingatkan janjinya pada Zahri yang terpateri di hari terakhir mereka bersama di pangkin ini.
Perlahan-lahan Eliza mengambil earphone putih dari dalam beg sandang coklat berjenama Camel lalu menyumbat ke salah satu lubang yang terdapat pada telefon bimbit Samsung S4. Hujung earphone itu pula disumbat di kedua-dua lubang telinga. Jari-jarinya lincah mencari senarai lagu-lagu yang telah dimuat turun sejak dia menerima telefon bimbit itu. Gerakan jarinya terhenti pada satu lagu yang menjadi cerita kisah dia dan Zahri. Sebaik sahaja jarinya menyentuh butang play, lagu Sejati nyanyian kumpulan Wings, mula dimainkan. Eliza menghayati setiap bait lirik lagu tersebut.
Kelakuannya itu rupa-rupanya menarik perhatian seorang jejaka yang sedang melangkah ke arah Eliza. Di sini rupanya dia, bisik hati jejaka berkemeja biru yang sedondon dengan warna blaus Eliza.
"Assalamualaikum," sapa jejaka itu perlahan sebaik sahaja dia berada di sebelah Eliza. Namun sapaannya tidak berjawab. Pekakkah dia? Berpaling pun tidak. Entah apalah yang dimenungkan itu.
"Assalamualaikum," sapa jejaka itu sekali lagi sambil berdehem. Namun masih juga tidak bersahut sapaannya itu.
Jejaka itu merenung wajah Eliza. Kemudian dia tiba-tiba tersenyum sendiri. Patutlah dari tadi Eliza diam membisu. Telinganya sudah disumbat, masakan boleh mendengar sapaannya. Jejaka itu mengambil tindakan menyentuh bahu Eliza perlahan tapi cukup untuk membuat Eliza terkejut. Cepat-cepat earphone di telinga Eliza dicabut.
"Eh! Fazrul...Apa Rul buat kat sini? Macam mana Rul tahu Liza ada kat sini?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut comel Eliza.
"Rul ke rumah tadi, mak Liza yang suruh Rul cari di sini. Nyaman betul tempat ini, sampai ada orang tu termenung jauh, tak nampak Rul dah terpacak di sebelah. Mengenangkan siapa tu? Kekasih hati?" usik Fazrul dalam senyuman.
Eliza diam seketika sebelum menjawab. "Betul Rul, Liza terkenangkan seseorang. Teringatkan janji yang pernah Liza lafazkan pada dia." Eliza menjawab tanpa berselindung.
"Janji?" Fazrul mengalihkan pandangannya tepat ke arah Eliza.
"Ya, janji." Jawab Eliza pendek.
"Boleh Rul tahu apa janjinya?"
"Kenapa Rul nak tahu? Bukannya penting pun. Cuma sejak akhir-akhir ini, Liza asyik termimpikan dia."
"Lelaki ke yang muncul dalam mimpi Liza? Ini yang buat Rul cemburu. Kalau macam tu Rul macam mana? Liza masih belum lagi menjawab permintaan Rul tempoh hari." Wajah Fazrul kelihatan begitu mengharap. Adakah Eliza sudi terima dia dalam hidupnya?
Eliza menghela nafas panjang. Hatinya resah. Sudah seminggu dia memikirkan hal itu. Namun jawapannya sudah pasti. Eliza sekali lagi menghela nafas. Mengalih pandangan ke arah Fazrul, teman sekuliahnya di sebuah universiti tempatan.
"Rul...," panggilnya lembut. Fazrul menoleh memandang Eliza. "Maafkan Liza, Rul. Liza tak boleh tunaikan permintaan Rul. Liza dah janji Rul. Liza dah janji dengan dia."
"Perlukah Liza tunaikan janji Liza pada dia sedangkan satu khabar berita pun tak pernah Liza terima?" Liza hanya mengangguk. Dia tetap kasihkan Zahri. Hatinya sudah menjadi milik Zahri.
"Kenapa Liza? Kenapa Liza masih terus dambakan dia? Tolonglah Liza, terimalah Rul, Liza."
"Maaf, Rul. Liza tak boleh. Liza benar-benar tak boleh. Tiada siapa yang boleh menggantikan tempat dia di hati ini, Rul." Eliza cepat-cepat bingkas dari pangkin itu untuk beredar. Namun lengannya sempat disambar Fazrul.
"Walaupun Fazrul ini adalah Zahri, orang yang Liza tunggu selama ini? Lupakah Liza pada janji Sejati kita?" ucap Fazrul perlahan. Eliza tergamam. Fazrul adalah Zahri? Mana dia tahu pasal Zahri dan janji Sejati itu?
"Apa maksud Rul? Rul adalah Zahri?"
"Betul Liza. Rul adalah Zahri. Fazrul Zahri bin Hisham. Liza dah lupa nama orang yang Liza kasihi? Rul tak pernah lupa Liza. Lebih-lebih lagi janji Sejati kita untuk bersama hingga ke hujung nyawa." Liza terdiam.
"Betul ke Liza tidak mahu terima Rul?" Eliza terus merenung Fazrul. Perlahan-lahan, sebuah senyuman bahagia terukir di bibir comelnya.
By : Farah Diba Marwilis
Sunday, April 20, 2014
PBS sucks!
If PBS is still going on...I don't think my eldest daughter, Irdina, will score her upcoming exams....especially in Science...She's one of best students in her school...Received 'A's for every subjects....and has been that way since she was 5 years old...Now, she is in form three....and for the 1st time, she got 'C' for her science paper...She was really upset...She said that, she was upset because the questions in that paper...most of it were general knowledge...not from their text book...She was lucky that she passed...Even most of the form four students in her school failed this same science paper...
Hopefully the handouts I gave her will help her improve her general knowledge...and do well in future exams....In Sha Allah...
PUISI AYAH...IBU
Ayah..Ibu....
Ayah....,
Harimu bermula di subuh pagi,
Mengerah tenaga mencari rezeki,
Tiada mengendah kesihatan diri,
Tiada menyesal waktu yang berlalu pergi,
Niatmu hanya satu menggapai cita yang terpateri,
Mencari harta demi anak-anak yang dikasihi,
Menyekolahkan kami sebagai jaminan diri,
Agar hidup senang di kemudian hari.
Ibu....,
Kaulah kekasih ayah sejati,
Kami hartamu yang sangat kau kasihi,
Dididik dan dibimbing tiada henti,
Agar bijak dan pandai membawa diri,
Ketegasanmu memang kami geruni,
Kerana kau mahu kami tidak alpa diri,
Berjuta nasihat dan panduan kau beri,
Kerana itulah kau bidadari kami.
Ayah...Ibu...,
Kalianlah cahaya hidup kami,
Kalianlah tulang belakang kami,
Kalianlah jiwa kami,
Tanpa kalian hidup kami tiada erti.
Ayah...Ibu...,
Kami anak-anakmu sudah berjanji,
Menuntut ilmu tiada henti,
Hingga kejayaan milik kami,
Sebagai balasan jasa dan pengorbanan untuk kami.
Ayah...Ibu...,
Selagi hayat masih milik kami,
Kalian sentiasa mekar di hati,
Akan kami membalas budi,
Agar kalian bangga akan anak-anakmu ini...
DEEBA D'GREAT
Ayah....,
Harimu bermula di subuh pagi,
Mengerah tenaga mencari rezeki,
Tiada mengendah kesihatan diri,
Tiada menyesal waktu yang berlalu pergi,
Niatmu hanya satu menggapai cita yang terpateri,
Mencari harta demi anak-anak yang dikasihi,
Menyekolahkan kami sebagai jaminan diri,
Agar hidup senang di kemudian hari.
Ibu....,
Kaulah kekasih ayah sejati,
Kami hartamu yang sangat kau kasihi,
Dididik dan dibimbing tiada henti,
Agar bijak dan pandai membawa diri,
Ketegasanmu memang kami geruni,
Kerana kau mahu kami tidak alpa diri,
Berjuta nasihat dan panduan kau beri,
Kerana itulah kau bidadari kami.
Ayah...Ibu...,
Kalianlah cahaya hidup kami,
Kalianlah tulang belakang kami,
Kalianlah jiwa kami,
Tanpa kalian hidup kami tiada erti.
Ayah...Ibu...,
Kami anak-anakmu sudah berjanji,
Menuntut ilmu tiada henti,
Hingga kejayaan milik kami,
Sebagai balasan jasa dan pengorbanan untuk kami.
Ayah...Ibu...,
Selagi hayat masih milik kami,
Kalian sentiasa mekar di hati,
Akan kami membalas budi,
Agar kalian bangga akan anak-anakmu ini...
DEEBA D'GREAT
Subscribe to:
Posts (Atom)